Monday, January 23, 2012

JANGAN SESEKALI CUBA MENCELUP SAHSIAH ORANG LAIN...

Assalamualaikum,, ya sahabiah. khaifa halukum? moga kalian semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya. Insya-Allah. hari ni ana nak berkongsi dengan kalian apa yg ana dah baca. moga bermanfaat buat kita semua. Allahumma Ameen.

"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan."                                       [Surah Al-Baqarah : ayat 148]

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain beberapa darjat." [Surah Al-An'am : ayat 165]

"Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing." [Surah Al-Baqarah : ayat 60]

   Tiap-tiap manusia mempunyai kelebihan, potensi dan bakat yang tersendiri. Dan salah satu keagungan Baginda Rasul adalah kemampuannya untuk menempatkan tiap-tiap sahabatnya sesuai dengan kemampuan, bakat dan kesediaan mereka yang tersendiri. Ali misalnya ditempatkan pada kedudukan kehakiman. Mu'az dalam masalah keilmuaan, Ubay dalam bidang yang berkenaan Al-Quran, Zaid dalam masalah Faraidh, Khalid bin Walid dalam masalah jihad, Hassan dalam masalah puisi, dan Qais bin Thabit dalam hal pidato.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Menempatkan wewangian di tempat pedang tentu sangat berbahaya sebagaimana pedang ditempatkan di tempat wewangian."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

   Menyatu serta hanyut dalam sahsiah orang lain pada hakikatnya adalah bunuh diri. Memakai baju sahsiah orang lain adalah satu pembunuhan yang terancang.

   Satu daripada tanda-tanda dan fenomena kebesaran Allah adalah perbezaan sifat yang ada pada manusia dan sahsiah yang mereka punyai serta perbezaan bahasa dan warna kulit mereka. Abu Bakar dengan kelembutan dan sahsiahnya yang pengasih sudah memberi manfaat bagi umat dan agama. Umar dengan sikapnya yang keras dan keteguhannya sudah membangkitkan Islam dan pemeluknya. Dengan kata lain, menerima dengan penuh kerelaan anugerah dan pemberian yang ada pada diri anda, merupakan suruhan. Sebab itu, kembangkanlah, tumbuhkanlah dan dapatkanlah manfaat darinya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar apa yang terdaya olehnya." [Surah Al-Baqarah : ayat 286]

   Taklid buta dan terlalu mudah melebur ke dalam sahsiah orang lain merubakan penguburan hidup-hidup terhadap bakat yang Allah berikan, pembunuhan terhadap kemahuan, dan penghancuran sistematik terhadap sahsiah penciptaan manusia itu sendiri.


JUST BE YOURSELF ^^,



*BE YOU,, NOT THEM*


p/s : sumber dari buku La Tahzan karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
" JADILAH DIRI ANDA SENDIRI BUKAN DIRI ORANG LAIN "

Monday, December 12, 2011

BERBUAT BAIK DAPAT MENYEJUKKAN JIWA~

Assalamualaikum. entry kali ni berkenaan dengan "berbuat baik". saya tahu ramai sahabat2 di luar sana yang selalu melakukan kebaikan. semoga kalian kekalkan sikap tersebut. semoga entry kali ini bermanfaat untuk kita semua. :)


Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya, dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Dan orang-orang yang mula- mula akan dapat merasa manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Merekalah yang akan merasa hasilnya serta-merta dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka, hingga mereka pun sentiasa berlapang dada, tenang, tenteram dan damai.
   
   Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan medapat kententeraman dan kedamaian hati. Bersedekahlah kepada orang yang papa, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang ditimpa musibah, nescaya anda akan merasa bahagia dalam semua aspek hidup anda.


   Perbuatan baik itu bagai wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga. Dan manfaat kejiwaaan dari kebaikan itu terasa seperti ubat-ubat berkesan yang tersedia di kotak ubat orang-orang yang berhati baik dan bersih.


   Menebar senyuman kepada orang-orang yang gersang jiwanya merupakan sedekah jariyah. Ini, tersirat dalam bimbingan akhlak yang menyebut : "...sekalipun engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri."            ( Hadis Nabi )


   Sedangkan kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain yang hanya diketahui berlakunya oleh Yang Maha Ghaib.


   Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat menghasilkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahawa Yang Pemberi pahala adalah Zat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebaikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
   
   Wahai orang-orang yang merasa terancam dengan himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kesengsaraan hidup, kunjungilah taman-taman kebaikan ; sibukkan dirimu dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama manusia. Dengan semua itu, nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan dalam semua aspeknya ; rasa, warna dan juga hakikatnya. 


   " Sedang ia tidak menangung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengaharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati ( pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya. ) " [ Surah Al-Lail : 19-21 ]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Perbuatan yang baik itu bagai wewangian yang bukan sahaja mengembirakan pemakainya, tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga. "
-------------------------------------------------------------------------------------------------------



jangan sedih-sedih ye ! Allah sentiasa ada bersama kita semua !





jom kita bersedekah ! senyum pun kira sedekah jugak tau !



p/s : sumber dari buku La Tahzan karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. marilah kita sama-samamelakukan sebanyak mungkin kebaikan sesama manusia. Insya-Allah. semoga kita memperoleh kebahagian dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Allahumma Ameen. ^__^

Saturday, December 3, 2011

INSAN YG BERGELAR HAWA~

Assalamualaikum,, sahabat sekalian. entry kali ini khas buat kaum hawa. ttapi,, jika kaum adam ingin membacanya,, amat dialu-alukan. moga bermanfaat untuk semua. 


Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.








p/s : duhai insan yg bergelar hawa,, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. SEINDAH PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA SOLEHAH~~ ^__^