Monday, December 12, 2011

BERBUAT BAIK DAPAT MENYEJUKKAN JIWA~

Assalamualaikum. entry kali ni berkenaan dengan "berbuat baik". saya tahu ramai sahabat2 di luar sana yang selalu melakukan kebaikan. semoga kalian kekalkan sikap tersebut. semoga entry kali ini bermanfaat untuk kita semua. :)


Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya, dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Dan orang-orang yang mula- mula akan dapat merasa manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Merekalah yang akan merasa hasilnya serta-merta dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka, hingga mereka pun sentiasa berlapang dada, tenang, tenteram dan damai.
   
   Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan medapat kententeraman dan kedamaian hati. Bersedekahlah kepada orang yang papa, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang ditimpa musibah, nescaya anda akan merasa bahagia dalam semua aspek hidup anda.


   Perbuatan baik itu bagai wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga. Dan manfaat kejiwaaan dari kebaikan itu terasa seperti ubat-ubat berkesan yang tersedia di kotak ubat orang-orang yang berhati baik dan bersih.


   Menebar senyuman kepada orang-orang yang gersang jiwanya merupakan sedekah jariyah. Ini, tersirat dalam bimbingan akhlak yang menyebut : "...sekalipun engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri."            ( Hadis Nabi )


   Sedangkan kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain yang hanya diketahui berlakunya oleh Yang Maha Ghaib.


   Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat menghasilkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahawa Yang Pemberi pahala adalah Zat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebaikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
   
   Wahai orang-orang yang merasa terancam dengan himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kesengsaraan hidup, kunjungilah taman-taman kebaikan ; sibukkan dirimu dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama manusia. Dengan semua itu, nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan dalam semua aspeknya ; rasa, warna dan juga hakikatnya. 


   " Sedang ia tidak menangung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengaharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati ( pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya. ) " [ Surah Al-Lail : 19-21 ]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Perbuatan yang baik itu bagai wewangian yang bukan sahaja mengembirakan pemakainya, tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga. "
-------------------------------------------------------------------------------------------------------



jangan sedih-sedih ye ! Allah sentiasa ada bersama kita semua !





jom kita bersedekah ! senyum pun kira sedekah jugak tau !



p/s : sumber dari buku La Tahzan karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. marilah kita sama-samamelakukan sebanyak mungkin kebaikan sesama manusia. Insya-Allah. semoga kita memperoleh kebahagian dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Allahumma Ameen. ^__^

Saturday, December 3, 2011

INSAN YG BERGELAR HAWA~

Assalamualaikum,, sahabat sekalian. entry kali ini khas buat kaum hawa. ttapi,, jika kaum adam ingin membacanya,, amat dialu-alukan. moga bermanfaat untuk semua. 


Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.








p/s : duhai insan yg bergelar hawa,, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. SEINDAH PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA SOLEHAH~~ ^__^

Sunday, August 28, 2011

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami~~

Assalamualaikum,, semua. =)

kali ini saya nak post mengenai sajak yang di tulis oleh Aminah Qutb. Beliau merupakan adik permpuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb. hayati sajak ini ya~~ ^_^

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia  cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanyakepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh 
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.




saya harap kalian dapat ambil pengajaran dari sajak yang ditulis oleh Aminah Qutb ini. Insya-Allah.

p/s : sumber dari buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul karya Kak Fatimah Syarha. ^_^

~SELAMAT MEMBACA~

Saturday, August 27, 2011

Kisah Cinta Si Budak Agama~~ Renung2kan...


Assalamualaikum,, sahabat2 sekalian.

post kali ini berkenaan seorang pelajar yg belajar di sekolah agama yang jatuh ke dalam jurang cinta nafsu. mungkin kisah ini terlalu pnjng,, tetapi luangkanlah sedikit masa dr masa kalian utk mmbaca kisah ini. sama sama kita renungkan~~ kisah ini saya copy daripada seorang insan yg bergelar sahabat. =)

Naim pljr tgktn 5 di sbuah Sekolah Agama Persekutuan. Dia seorg yg tggi ilmu agama dan mmpunyai politik yg agak stabil di skolah dan Thiqahnya(Kp’cayaan org t’hdpnya) tggi. Apbila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akn ke hdpn. Samada mmberi tzkirah atau mngetuai bacaan Mathurat. P’gaulan dgn prmpuan dijaga dgn bgitu smpurna, jika msyuarat t’pksa b’cmpur llaki dan prmpuan, sama skali dia tdak akn mengangkat pndangannya. Smua org mghormatinya, baik yg junior mahupun senior, baik yg laki-laki mahupun prmpuan. Jika ada snior yg tgh embuli junior, jika Naim ada di tmpt kjadian, proses buli itu akn b’tukar mnjd mjlis b’maaf-maafn. Inilah ‘kuasa’ Naim di skolahnya.

Dia mnjd cnth teladan bg stiap pljr skolahnya. Stiap mata-mata yg wjud di skolah itu slalu mmerhatikn p’geraknnya dan mngambilnya sbagai cnth khidupan yg pling smpurna. Dek krn mngetahui byk mata mmerhatiknnya, dia btul-btul mnjaga akhlaknya. Bkn krn mnusia ttpi krn Allah. Niatnya hnya satu, supaya Islam itu t’pncar dr dirinya. Hbatnya dia dl mnjg akhlaknya, tdak ada seorg pun di dlm skolahnya mlainkan teman sebiliknya yg prnh mlhat kulit bdnnya wlaupun dia sringkali b’mandi-manda di kolah b’hmpirn dgn surau.

Sdh psti, rmai prmpuan yg mggilainya wlaupun dia tdk mngetahui hal itu. Di hdapannya smua baik, tunduk dgn pnuh tawaduknya tp b’lalunya Naim dr tmpt itu, mulalah mulut mreka b’gerak mmuji dan mngumpat tntg Naim. Bkn shj pljr biasa yg mminati Naim tapi ada juga pljr2 prmpuan yg mmegang tmpuk kpimpinan skolah yg mminatinya cuma tdak disuarakn, bmbang ditgur dan yg plg mreka takuti, tkut cnta mreka ditolak.Tmbhn pula Naim byk kali mngingatkn pljr2 spaya mnjauhi zina hati, zina yg tdk dpt dilihat dan tdk dpt dirasa tatkala dia mmberi tzkirah.

Nmun, hatta nabi Sulaiman yg mnjadi raja dunia itupun diuji Allah, inikan pula seorg pljr skolah agama yg ilmu agamanya msih b’tatih, bhs arabnya msih mrangkak-rangkak. Dia diuji dgn khdirn seorg pljr prmpuan yg baru b’pndh ke skolahnya. Namanya Nisa, Khairun Nisa. Orgnya putih, b’tahi lalat di pipi sblh knn sdgkan Naim di sblh kiri.


“Ana Khairun Nisa, sila beri tnjk ajar.”Nisa mmp’knalkn dirinya.

Dlm mahu yg b’cmpur dgn iman di dlm hatinya, Naim mlihat Nisa dgn sipi-sipi matanya shj. Ingin dia mrenung Nisa dgn lbih tajam tp iman di dadanya msih kukuh bak tmbok besar cina.

“Cntiknya,” hati Naim b’mnolog.

Tdk smpai sekelip matapun, imannya mnmpar hatinya. Dia trus sedar dr diulik oleh syaitan dan lnts dia b’istighfar, mmohon ampun drpd Tuhan dek krn mlakukn zina, zina hati. Ingin shj matanya mngeluarkn bintik-bintik mutiara tnda sesalnya dia akn dosanya nmun selaput kaca di matanya masih tebal. Mgkin pnyesalannya msih blum kuat utk mmecahkan selaput kaca itu.

Saat b’ganti saat, hari b’gnti hari, Nisa pun t’pilih utk mnjd slah seorg AJK surau skolah dek krn dia asyik ke surau b’bnding dg pljr2 yang lain. Subuhnya di surau, Dhuhanya di surau, Zohornya di surau, Asar, Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Naim t’dgr suara wanita sdg mmbaca Al-Quran di balik tabir biru yg mmisahkan lelaki dan prempuan, ingin dia mngintai siapakah gerangan hmba Allah itu tp iman msih tebal mnyelaput hati nafsunya. Ditkdirkan Allah, suatu hari dia t’nmpk Nisa msuk ke surau perempuan, maka tahulah dia bhw suara prmpuan yg didgr selama ini ialah suara Nisa.

Sdg dia sdg b’sndirian b’doa slps solat sunat Dhuha, dia t’dgr satu suara prmpuan mmnta tlong dr balik tabir. Suara prmpuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nk tolong ke tak..Kalo aku masuk belah pompuan, bukan ke khalwat..ye la, mane ade org…aku dan die je..takley, aku mesti bagitau ustaz hal ni, biar ustaz tolong..” Imannya b’suara.

Tapi 1 tetap kalah kepada 2. Imannya kalah dgn nafsu dan syaitan yg mggodanya.

“Kalo aku tak tolong, maybe…em…aku intai dulu la, kalo serius aku tolong sgera kalo tak, aku lapor kat ustaz,” akal mula cmpur tgn.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mndpti jari Nisa t’kepit di almari Quran. Wlaupun sakit Nisa tetap mnahannya, bmbang mruahnya jtuh di hdapan seorg ktua badan Agama sekolahnya. Dan ktika itulah mkhluk durjana yg b’nama syaitan mula mngambil peranan. Disuntiknya bius-bius dosa ke dlm hati Naim supaya Naim tdk trasa mlakukn dosa.

“Em.. Aku kene lapor kat ustat ke? Patut ke aku tolong? Bley ke aku pegang tgn die? Dose..” Imannya b’suara.

“Ah, darurat, darurat. Even babi pun bleh mkn kalo drurat.” Akal yg dibalut dgn nafsunya mmbuat p’tmbngn.
“Betul juga, ok, aku tolong.” Hatinya mmbuat kputusan smbil disahkn oleh Syaitan.

“Er, Nisa tahan ek, kejap saya tarik pintu almari ni.” Dia mmberi arhn kpd Nisa.

“…ok…” Suara Nisa bgaikan bunyi ikan b’suara, entah dgr, entah tdk.

Pntu almari b’jaya dibuka, jari Nisa t’lps dr kepitan almari. Merah bak biji saga jarinya, hmpir-hmpir sj b’darah tp kulitnya msih kuat mnahan sgla isi cecair drpd keluar. Tiba-tiba, Naim tnpa b’fkir pjg mmegang jari Nisa. Niatnya hnya satu, ingin mlihat keadaan jari Nisa. Tapi dgn pntas Nisa mnariknya dan b’lari turun drpd surau dan mnuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bkn sngaja mlakuknnya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia b’doa, mnangis mnyesal dosa yg baru shj dibuatnya sbntr tadi.

Habis shj air matanya kering, hatinya diketuk dgn plbgai soalan. Bkn soaln agama ttpi soal mruah dan thiqahnya. Bgaimn jika Nisa mnceritakan hal td kpd kwn2nya? Bgaimn klau crita itu bocor kpd junior2nya? Klau ustaz dpt tahu, psti dia akn dilucutkn dr sgala jwtn yg disandangnya skrg. Dia akn dicemuh dan dihina. Dia tdk akn dpt pluang ke dpn lg sewaktu ktiadaan ustaz. Dia bmbang b’cmpur keliru.

Lamunannya t’sentak apabila satu suara mmberi salam utk msuk ke surau. Peluh-peluh resah dan gelisah mngalir di pipi kanannya, dia msih di bhgian surau wanita. Apa yg hrus dijwb jika ditnya. Ya, menipu. Menipu adlh jln pnyelesaian yg t’baik buatnya skrg. Lagipun dia cam suara itu, itu suara Khairul, tmn sebiliknya. Baginya tdaklah b’dosa mnipu tmn sbilik yg akrab dgnnya.

“Eh,Im. Ape ko wat dlm surau pompuan tu?” Soal Khairul, klihatan di mukanya prasaan ingn tahu.

“Eh,takde ape-ape la. Aku just check samada quran ckup tak belah pompuan.” Jawab Naim.

“Owh, baguslah wat krja baik ats rumah Allah ni. Insya Allah ko dpt pahala, taknak share ngan aku?” gurau Khairul.

Gurauan yg pd dasarnya klhtn sprti satu lawak bodoh ttpi ada p’ktaan yg mghntui fkrn Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya, di ats rmh Allah inilah Naim mlakukan maksiat.

Di ats rumah Allah inilah Naim menipu.

Smuanya di ats rmh ini, rmh kpunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia mnangis ttpi bknlah mnangis sprti ank kecil mnangis. Hnya air mata shj mngalir di ats pipinya yg sdikit cengkung. Khairul t’kjut mlihat Naim mnangis dan b’tnya sbb Naim mnangis ttpi Naim hnya b’diam. Khairul mmbuat andaian sendiri, pada pndptnya mgkin Naim mnangis krn b’taubat. Lantas prasaan cmburu mula mnguasai dirinya. Inilah dia tnda org b’iman, pntang mlihat org lbih dkt dgn Kecintaan nya, pasti dia cmburu.

“Eh Im,kelas da nak start. Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,” balas Naim.

Pljrnnya slps wktu rehat td tiada mkna. Sepatah kata yg kluar dr mulut cikgu2nya tdk satupun diingati atau diberi p’htian. Matanya tjm mmndang ke arah ppn hjau di hdpn kelas ttpi fkrn jauh ke laut mncari ktenangan. Jasadnya wjud tp ruh akalnya tiada. Bkn sbuk mmikirkn pnyelesaian ttpi sibuk mncari mslh2 yg akn tmbul jika crita td diktahui umum.

Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal, bgitu juga dgn Nisa. Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tdk bmbangg ttg nasibnya jika crita itu bocor atau ada mata yang t’pndg pristiwa tadi ttpi kepalanya sibuk mmikirkan ttg Naim. Kdudukannya di dlm kelas mnyebabkn matanya tdk b’kelip mmndang Naim dari belakang. Baginya, alangkah b’tuah ssiapa yg dpt mnawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yg ditnjukkan oleh Naim sebentar tadi, btul2 memikat hati suci si gadis ini. Begitulah nasib si Abid tnpa Ilmu. Pantang ditiup angin, pasti dia rebah.

Tgn mula mngmbil pranan, diambilnya pen merah jambu ksukaannya dan diambil shelai krtas memo yg b’ada di dlm laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sbgai tnda trima ksih buat si jejaka budiman. Surat shj tdk cukup, dibelinya skotak air laici yang berharga 80sen dgn duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki-choki, juga sebagai hadiah.

Sprti kebiasaannya, Naim dtg ke kelas seawal mgkin. Slesai shj solat Zohor b’jemaah dan mkn di dewan mkn, tnpa mnyalin pakaian, dia trus ke kelas. Baginya masa itu emas dan tdak boleh dibazirkan walaupun sesaat. Msih byk pljrn tingkatan 4 dan tingkatan 5 yg belum dikuasainya. Tabiatnya ini mnjd ikutan sesetgh pljr yg lain. Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas, alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.



Isi suratnya:

Salam..

Terima kasih kerana tolong ana..

Kalau anta takde tadi, tak tau la macamana ana nak buat..

Jangan bimbang, ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..

Ukhwah Fillah,

Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu, dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki, dia membetulkan kerusinya, mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa. Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya. Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya. Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi. Entah kawannya bagi atau tidak, dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim, Si Budak Agama. Balas dia:

Salam,

Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,

Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?

Moga Allah meredhai kita,

Dan,salam perkenalan. Ana Naim.

Naim

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat. Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat. Walaupun pada awalnya, kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah. Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah. Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah. Kita niat untuk berkahwin, bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina. Rasulullah tak kata pun. Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim, namun dek kerana cintanya dia kepada Naim, diiyakan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda, lalu dia membalas, “Nisa’, bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik. Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa. Anti meragui Quran?”

Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu. Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Thiqah bukanlah kerja manusia. Pengaruh bukanlah kawalan manusia. Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetiaan tidak boleh diperdgangkan dengan kemewahan. Semuanya hak mutlak Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia, maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu. Jika Dia menghendaki seseorang itu hina, maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri. Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya. Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari, pengaruh Naim semakin jatuh. Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya. Sebab? Tiada. Jelas sekali soal hati, Dia yang punya. Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala. Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah, kini tidak lagi. Pertimbangan akal menjadi semakin kurang, mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya. Thiqahnya kian jatuh. Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah. Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu. Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan. Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan, kini tidak lagi. Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik. 24 jam baginya tidak cukup. Masa untuk dia belajar, masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa. Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun, pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu. Kadang-kadang tersenyum seorang diri, kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri. Naim seakan-akan gila .Betul Naim gila, gila bayang. Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya, membuat satu lohong iman di dalam hatinya. Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko. Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.” Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?” Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”J awab Khairul.

“Jadi?! Aku ahli keluarga kau ke?!” Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim. Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi. Namun,atas dasar silaturrahim kerana Allah, dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya. Walaubagaimanapun, Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam. Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?” Soal Ustaz balik.

“Ustaz, saya bimbang dengan Naim, teman sebilik saya. Perangainya seperti sudah berubah. Dia macam bukan dia.. Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am, ana pun perasan perubahan pada Naim. Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.” Tambah Ustaz.

“Saya rasa, ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa, ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?” Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus. Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan. Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.” Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu. Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim. Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang, dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah. Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’, selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi, daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’. Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi, surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis. Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu, bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim. Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib. Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau, kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau. Tanpa berfikir tentang benda lain, Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu. Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari-lari di atasnya. Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung. Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi, ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi? Mana pergi bahasa mu wahai kawan? Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?” Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir. Naim terdiam.

“Rupanya, inilah masalah mu wahai kawan. Tiada ku sangka dirimu sedemikian, wahai kawan. Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini. Kini kau sirna wahai kawan, kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!” Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya, kau couple Im?” Soal Khairul.

“Aku couple ke, aku tak couple ke, tu soal aku la. Dosa biar aku tanggung sendiri! Jangan risau la, aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!” Lantang sungguh Naim berbicara. Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan. Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi, mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja. 3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim. 3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya. Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi, pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi, mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat. Bertambah malang bagi Naim, dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran. Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Khairul, si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im, senanye..Sume orang da taw ko couple..” Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!” Terkejut Naim. Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!” Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat! Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!” Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah! Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…” Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau, aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?! Musuh?!” Naim marah lagi.

“Na’am! Musuh Allah,musuh agama Allah! Ko nasihat orang jangan bercouple, jangan zina hati, jangan itu, jangan ini tapi dalam masa sama kau buat! Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam? Ko lupa?! Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim! Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa. Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas, bilik Naim dan Khairul. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm, memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu. Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari, hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas. Berbeza pula dengan pelajar junior, mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur, bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal. Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Thiqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi. Jika dia terus begini, tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’. Tiada lagi kesetiaan, tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka. Apa yang ada hanya lakonan. Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati, diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal. Semalaman dia tidak lena, pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya. Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina, cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni? Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!” Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim, dia berasa tersangat malu. Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia, manusia yang bernama Naim, najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik. Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik. Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain, dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa. Nisa tunduk, akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan. Surat pertamanya, surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya. Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan. Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang, menulis surat terakhir, surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan. Dengan nekad yang kuat di dalam hati, keyakinan yang tinggi terhadap Islam, Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,

Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,

Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,

Ayang benar-benar menyintai sayang..

Sepenuh jiwa dan raga ayang..

Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,

Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama, kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan. Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh. Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat. Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.

Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati. Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.

Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya. Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan, membersihkan najis dengan air kencing sendiri. Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor, mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.

Sayang..Ayang percaya pada jodoh. Jika kita dijodohkan bersama, Insya Allah, kita akan bersama. Tidak perlu bercouple atau berkenalan, jika Allah nak kita bersama, insya Allah kita bersama.

Percayalah, itu hak Allah. Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa, menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim, memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa. Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat, apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.

Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.

Ukhwah Fillah.

Nisa~

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang. Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya. Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan. Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim, kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki, surat semata-mata. Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini. Tiada lagi air mata, tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini. Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir, hidayah Tuhan sampai. Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya. Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin, dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin, jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.


~hebatnye penangan cnta..cnta itu buta., bkn shj tidak mngenal ssiapa., tp cnta i2tujuga tidak mngenal halal&haram. maka b'hati2lah bila diri dilamun cnta~ 

p/s : kisah ini hanya rekaan semata mata. tidak ada kena mengena antara hidup dan mati.



roh di BULAN RAMADHAN~~

Assalamualaikum,, sahabat2 yg di kasihi sekalian.


walaupun bulan ramadhan yg penuh barakah ini tidak lama lagi akan melabuhkn tirainya,,, mari kita sama sama berkongsi ilmu tntang roh semasa bulan ramadhan. nota ini saya copy daripada seorang sahabat. =)



ROH DI BULAN PUASA
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan. 

Oleh: Fadzilah Hashim

semoga kita dapat mengambil ibarah dari nota di atas. Insya-Allah. 

Sunday, May 15, 2011

Untukmu... Bersabarlah Wahai Remaja...

Assalamualaikum. Baca dan fahami post ni. 

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak ‘join’, diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah ‘couple’. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, “Adakah aku perlu BERCINTA?” Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..’ALL OUT’lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam ‘gayut’. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber’couple’ tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara’. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.
Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A’raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”.

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.
Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat ‘study group’. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, “Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?” Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlahkamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. “Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon..” Berfikir sejenak. Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, “Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati..”


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. “Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena ‘clash’ ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?”
Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

“Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?”

“Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?”

“Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah..”

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:
“Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?”

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:
“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.“

“Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.”
Saya tak mahu mengalah.

“Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

“Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?”

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

“Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”

“Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple..”

” Zina hati?” Saya menduga.

“Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati.”

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

“Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta.”

“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat.”

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”

Saya terdiam lagi.

“Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri.”

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

“Jadi apa saya nak buat bang?”

“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.”

“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?”

“Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada ‘sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat ‘group discussion’, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai ‘group discussion partner’.”

Tiba-tiba saya terfikir,

“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?”

“Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?”

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

“Anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan.”

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

“Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.”

“Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.”

“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.”

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

“Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya.”Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..


“Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..”

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..
SENDING..
 MESSAGE SENT

 Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

“Terima kasih bang..”

“Takpe, dah tanggungjawab..”

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta’lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

“Seindah gubahan pertama..”


 Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, “Kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.


“Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- “





Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA.

Ana harap kita smua dapat mngambil pngajaran dr post ni. =)

Assalamualaikum.