Monday, December 12, 2011

BERBUAT BAIK DAPAT MENYEJUKKAN JIWA~

Assalamualaikum. entry kali ni berkenaan dengan "berbuat baik". saya tahu ramai sahabat2 di luar sana yang selalu melakukan kebaikan. semoga kalian kekalkan sikap tersebut. semoga entry kali ini bermanfaat untuk kita semua. :)


Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya, dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Dan orang-orang yang mula- mula akan dapat merasa manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Merekalah yang akan merasa hasilnya serta-merta dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka, hingga mereka pun sentiasa berlapang dada, tenang, tenteram dan damai.
   
   Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan medapat kententeraman dan kedamaian hati. Bersedekahlah kepada orang yang papa, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang ditimpa musibah, nescaya anda akan merasa bahagia dalam semua aspek hidup anda.


   Perbuatan baik itu bagai wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga. Dan manfaat kejiwaaan dari kebaikan itu terasa seperti ubat-ubat berkesan yang tersedia di kotak ubat orang-orang yang berhati baik dan bersih.


   Menebar senyuman kepada orang-orang yang gersang jiwanya merupakan sedekah jariyah. Ini, tersirat dalam bimbingan akhlak yang menyebut : "...sekalipun engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri."            ( Hadis Nabi )


   Sedangkan kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain yang hanya diketahui berlakunya oleh Yang Maha Ghaib.


   Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat menghasilkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahawa Yang Pemberi pahala adalah Zat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebaikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
   
   Wahai orang-orang yang merasa terancam dengan himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kesengsaraan hidup, kunjungilah taman-taman kebaikan ; sibukkan dirimu dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama manusia. Dengan semua itu, nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan dalam semua aspeknya ; rasa, warna dan juga hakikatnya. 


   " Sedang ia tidak menangung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengaharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati ( pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya. ) " [ Surah Al-Lail : 19-21 ]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Perbuatan yang baik itu bagai wewangian yang bukan sahaja mengembirakan pemakainya, tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga. "
-------------------------------------------------------------------------------------------------------



jangan sedih-sedih ye ! Allah sentiasa ada bersama kita semua !





jom kita bersedekah ! senyum pun kira sedekah jugak tau !



p/s : sumber dari buku La Tahzan karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. marilah kita sama-samamelakukan sebanyak mungkin kebaikan sesama manusia. Insya-Allah. semoga kita memperoleh kebahagian dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Allahumma Ameen. ^__^

Saturday, December 3, 2011

INSAN YG BERGELAR HAWA~

Assalamualaikum,, sahabat sekalian. entry kali ini khas buat kaum hawa. ttapi,, jika kaum adam ingin membacanya,, amat dialu-alukan. moga bermanfaat untuk semua. 


Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.








p/s : duhai insan yg bergelar hawa,, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. SEINDAH PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA SOLEHAH~~ ^__^